Make your own free website on Tripod.com

PETUA

Guna scandisk
Padam fail tanpa ke Recycle Bin
Berkongsi akaun internet
Hard Disk primary dan slave
Funsi ping dan traceroute
Tujuan low level format
Jadikan PC optiimum
Sunting fail msdos
Kebaikan FAT 32
Komputer 'hanging'
Email tak dapat dibaca
Menapis email 'filter'

 

 

 

 

 

 

Dikelolakan oleh yedsyah

 


Menggunakan Program Scandisk
Pernahkan anda menggunkan program Scandisk untuk memeriksa kerosakan pada komputer anda? Tahukah anda kegunaan Utilities ini? Di dalam komputer yang menggunakan sistem operasi Win95 keatas, komputer anda akan mempunyai dua program Scandisk.

  1. Scandisk For Windows
  2. Scandisk For dos

Ketika anda berada di dalam persekitaran windows "windows enviroment", Scandisk for windows akan dijalankan. Program ini boleh di dapati di dalam kumpulan accessories pada Button start komputer anda. Ada kalanya, anda berada di "Dos Environmet". Pada ketika ini, anda perlu menggunakan Scandisk for Dos. Cara untuk menggunakannya adalah seperti berikut:
Scandisk [nama pemacu]
Jika anda ingin mengesan kerosakan pada pemacu C anda. Arahan yang perlu anda taipkan ialah"Scandisk c: /autofix" Arahan "/autofix" digunakan supaya komputer membaiki kesalahan tanpa perlu bertanya kepada anda.

 

atas


 

Memadamkan file secara terus
Kebiasaanya, apabila kita memadam sesuatu file di dalam windows. File yang dipadamkan akan dimasukkan ke dalam "Recycle Bin". Ini akan merugikan ruangan cakera kita. Untuk memadam terus file tersebut ialah dengan cara menekan butang "shift" ketika memadamkan sesuatu fail.

 

 


Mengetahui kepentingan file COMMAND.COM
Adakah anda tahu kepentingan file tersebut. File tersebut sangat penting bagi sistem operasi berfungsi. Sekiranya file tersebut dipadam oleh anda. Komputer anda tidak akan dapat berfungsi. Anda tidak akan dapat masuk ke dalam program windows bahkan Dos Prompt. Untuk menghidupkan komputer anda. Anda memerlukan "Boot Disk". Hidupkan komputer anda dengan menggunakan Boot Disk, kemudian pergi kepada folder dimana program windows anda dipasangkan. Salin file command.com dari folder tersebut ke dalam root directory. Root directory adalah bahagian teratas bagi folder yang ada di dalam cakera keras anda.

 


Bertukar Aplikasi Dalam satu-satu masa
Sekiranya anda membuka tiga aplikasi dalam satu masa yang sama. Anda boleh bertukar diantara aplikasi tersebut dengan mudah tanpa perlu minimizekan aplikasi yang sedang aktif. Anda hanya pelu menekan ALT + TAB, anda teruskan menekan ALT + TAB sehingga anda menemui aplikasi yang anda inginkan.

 


Penggunaan Komputer
Penggunaan komputer adalah bergantung pada lokasi dimana anda menggunakannya. Sekiranya suhu persekitaran adalah tinggi. Anda tidak disyorkan menggunakannya dalam tempoh masa yang lama. Ini kerana komponen komputer akan panas dan menyebabkan masalah "hang" dan sebagainya. Jika anda menggunakan komputer anda di dalam bilik yang bersuhu rendah, anda boleh gunakan dalam tempoh masa yang lama.

Memadam Fail di dalam cakera keras
Ramai diantara pengguna yang suka memadam fail di dalam cakera keras sesuka hati. Sebenarnya, tidak semua fail boleh dipadam sesuka hati. Diantara jenis-jenis fail yang boleh dipadam ialah temporary fail dan backup fail. Kedua-dua fail ini mempunyai sambungan *.bak dan *.tmp. Fail ini boleh dipadamkan oleh anda sekiranya anda kekurangan ruang "space".

Mengetahui kepentingan file MSDOS.SYS dan IO.SYS
Selain daripada fail Command.com, terdapat dua jenis fail yang turut penting. Fail tersebut adalah Msdos.sys dan Io.sys. Kedua fail ini disetkan dengan +hidden +read only dan +system. Ini supaya pengguna tidak akan terpadam fail tersebut. Tanpa adanya fail-fail ini, komputer tidak akan dapat berfungsi.

Wayar Telefon
Sekiranya anda mempunyai sambungan ke Internet. Berhati-hatilah. Pastikan wayar telefon dicabut daripada sambungan ke komputer setelah anda selesai menggunakan Internet. Ini bagi menghindarkan terkena tembakan kilat.

Berkongsi Akaun Internet
Anda dinasihatkan supaya tidak berkongsi akaun internet anda dengan rakan-rakan yang lain. Terlalu banyak keburukannya. Antara keburukannya, anda terpaksa membayar waktu penggunan yang digunakan oleh rakan anda. Keduanya, anda bertanggungjawab diatas perkara yang dilakukan dengan menggunakan akaun anda.

Gunakan komputer melebihi had
Sekiranya anda ingin menggunakan kompute anda dalam tempoh masa yang lama. Terlebih dahulu pastikan lokasi komputer anda berada. Sekiranya anda berada di dalam bilik hawa dingin anda boleh berbuat demikian. Jika tidak, pastikan komputer anda berada berhampiran dengan kipas untuk menyejukkannya.

Anda menerima mesej "Have a nice day"
Jangan terlalu gembira sekiranya anda memperolehi mesej seperti diatas setelah anda menggunakn perisian Microsoft Word. Ini adalah angakara virus Nice Day. Pada permulaannya tiada apa yang dilakukan melainkan memaparkan mesej "Have a nice day" beserta pilihan "OK". Lama kelamaan ia akan mendatangkan masalah kepada anda seperti tidak boleh membuka fail dan sebagainya.

Jangan jalankan program yang anda download dari internet secara terus
Sekiranya anda baru sahaja download sesuatu perisian perlaksaan samaada fail exe ataupun com. Jangan terus jalankan perisian tersebut. Scan terlebih dahulu fail tersebut untuk menghindari virus. Juga pastikan anda tahu apa kandungan fail tersebut.

Memasang lebih dari satu cakera keras(Hard Disk)
EIDE (Enhance Integrated Drive Electronic) merupakan satu standard yang terdapat pada kebanyakan komputer peribadi pada masa kini. Ia membenarkan dua aliran iaitu "master" dan juga "slave" Kebiasaanya pada papan induk "Mother Board" terdapat dua tapak untuk EIDE. Setiap satu mempunyai aliran "master" dan juga "slave". Ini bermakna anda boleh mempunyai empat cakera keras yang disambungkan pada komputer. Walaubagaimanapun anda perlu setkan jumper pada cakera keras untuk menentukan ia adalah "master" ataupun "slave". Kebiasaanya komputer kini menggunakan Primary "master" untuk disambungkan ke cakera keras dan primary "slave" disambungkan kepada CD-ROM.

Tujuan low-lovel format
Low level format merupakan proses pemadaman yang akan memadam sepenuhnya bagi cakera keras. Kebiasaanya, arahan DOS "format" ataupun arahan dari windows tidak akan memadamkan segalanya pada cakera keras. Fail yang telah dipadam masih boleh dipanggil sammada dengan menggunakan arahan "unformat" atau mana-mana program utiliti yang lain. Untuk itu, adalah tidak digalakkan untuk anda melakukan low level format bagi cakera keras.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan dimana anda patut mempertimbangkan untuk melakukan low level format. Sebagai contoh, sekiranya cakera keras tersebut ingin dijual dan anda tidak mahu data yang terdapat dibaca oleh pembeli. Low level format juga boleh digunakan untuk menghapuskan virus komputer yang degil yang telah pun dikenal pasti dan masih tidak dapat dihapuskan oleh perisian antivirus.
Anda perlu membaca panduan pengguna mengenai cakera anda terlebih dahulu atau apa-apa maklumat yang berkaitan kerana ia melibatkan data yang mungkin tersembunyi. Memadam data tersebut mungkin akan membawa masalah yang lebih besar lagi.

Kegunaan ping dan tracert
Sama ada anda tahu atau tidak, windows 95 mengandungi dua arahan asas untuk internet iaitu Ping dan Trace Route. Secara prinsipnya kedua-dua alat ini adalah bertujuan untu mengenal pasti dan menguji prestasi sambungan. Anda boleh menggunakannya untuk melihat sama ada sesuatu hos jauh itu dapat dicapai atau sebaliknya. Jika anda menghadapi kesulitan mengakses ke pelayan Web atau pelayan FTP, anda boleh menguji status pelayan tersebut melalui arahan ini.
Aplikasi ping bertindak sebagai pemeriksa ke atas sambungan kepada rangkaian JARING/Internet dan memeriksa sama ada hos itu aktif atau sebaliknya. Ping akan menghantar keluar pakej atau cebisan makluamt ke komputer jauh. Jika komputer jauh itu dapat dihubungi, ia akan memberikan tindak balas (response) terhadap setiap pakej itu. Ia juga akan memberikan makluamt mengenai masa yang diambil oleh setip pakej itu untuk bergerak ke komputer jauh dan kembali ke komputer anda.
Trace Route pula memudahkan anda menjejaki langkah demi langkah setiap komupter yang dilalui oleh pakej anda hantar sebelum ianya sampai ke komupter jauh. Jika anda tidak dapat mengakses ke hosjauh. Trace Route membolehkan anda mengesan lokasi di manakah berlakunya "putus hubungan" di sepanjang laluan tersebut.
Cara menggunakan ping:

  1. Pastikan anda bersambung ke internet.
  2. Pilih Start > Run (Katakan anda menggunakan akaun TMNet).
  3. Taipkan ping -t tm.net.my dan tekan Enter.


Cara menggunakan tracert:

  1. Ulangi langkat 1 hingga 2.
  2. Taipkan tracert tm.net.my dan tekan Enter.

Memastikan komputer anda pada tahap yang paling optimum
Sekiranya anda merasakan komputer anda semakin lembap. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Diantaranya adalah seperti berikut:

  1. Lakukan Scandisk.
  2. Lakukan Disk Defragmanter.
  3. Padamkan segala fail yang berakhir dengan *.chk. Gunakan arahan Find, Pada Start>Find Files or Folders dengan menaip *.chk
  4. Padamkan segala fail yang berakhir dengan *.bak. Gunakan arahan Find, Pada Start>Find Files or Folders dengan menaip *.bak
  5. Padamkan segala fail yang berakhir dengan *.log. Gunakan arahan Find, Pada Start>Find Files or Folders dengan menaip *.log
  6. Padamkan segala fail yang berakhir dengan *.tmp. Fail ini boleh didapati di dalam foler c:\windows\temp.

Paling kurang, perkara di atas perlu dilakukan sebulan sekali.

IP address
Setiap kali anda mendail ke ISP (Internet Service Provider), anda akan diberikan nombor IP address yang akan anda gunakan bagi semua urusan untuk sessi tersebut. Anda tidak perlu memasukkan nombor tersebut. Yang perlu anda masukkan hanyalah DNS (Domain Name Server) bagi ISP anda. Primary DNS bagi Jaring ialah 192.228.128.18, manakala secondary DNS bagi Jaring ialah 192.228.128.120. Untuk TMnet pula, primary DNS ialah 202.188.0.133 dan secondary DNS bagi TMnet ialah 202.188.1.5. Anda masukkan maklumat ini di dalam TCP/IP setting. Boleh didapati didalam bahagian Network Configuration.

Versi Berlainan
Jangan gunakan perisian utiliti yang biasa anda gunakan untuk DOS atau Windows 3.x seperti backup, undelete dan penyusun fail pada komputer Windows 95 anda. Ini akan merosakkan pertalian/hubungan antara nama fail dan sistem Windows 95.

SUNTING FAIL MSDOS.SYS UNTUK WIN95/98
Adakah anda masih ingatkan DOS 6.0 dimana anda boleh pergi ke DOS PROMPT tanpa perlu menekan F4 ataupun F8. Apabila bertukar kepada Windows 95, ramai yang menyangka bahawa zaman tersebut telah berakhir. Bagi sesiapa yang masih gemar menggunakan DOS dan tidak mahu dipaksa untuk menggunakan Windows 95 sebagai sistem operasi semata-mata. Kini boleh menggunakan arahan yang bakal saya nyatakan berikut. Untuk membolehkan anda melaksanakan arahan berikut, anda perlu mengubah attribute bagi fail MSDOS.SYS di dalam cabang akar "root directory" dengan menggunakan arahan seperti berikut. "attrib -r -a -s -h msdos.sys" Setelah itu, anda boleh gunakan apa-apa perisian untuk menyunting fail MSDOS.SYS. Cara paling mudah ialah dengan menaip "edit msdos.sys" pada corong DOS.Arahan ini adalah kes sensitif (huruf besar/huruf kecil)

  1. BootWin=0
    Keterangan: Arahan ini akan membawa akan kepada C:/> tanpa menjalankan Windows 95.
  2. BootGUI=0
    Keterangan: Arahan ini akan "Boot" DOS 7.0 dan bukannya Windows 95.
  3. BootMenu=1
    Keterangan: Memaparkan "Start Up Menu" bagi Windows 95 tanpa perlu menekan kekunci F4 ataupun F8.
  4. BootDelay=n(n ialah bilangan di dalam saat)
    Keterangan: Sama seperti "multi-boot" yang lama. Ia akan menyebabkan Sistem menunggu sehingga n saat sebelum ia melaksanakan arahan seperti biasa.
  5. BootMenuDefault=n
    Keterangan: Sama seperti "multi-boot" yang lama. Ia akan menyebabkan arahan pada menu dilaksanakan Contohnya n=1 akan membawa anda kepada DOS PROMPT sahaja.
  6. BootMulti=1
    Keterangan: Ini akan mebawa anda kepada arahan yang terakhir sekali pada menu iaitu, "Previous Version of DOS".
  7. LOGO=0
    Keterangan: Menyebabkan logo bagi Windows 95 tidak dipaparkan.

Anda digalakkan supaya membuat salinan bagi fail MSDOS.SYS sebelum melakukan arahan arahan ini. Walau bagaimanapun, anda tidak berapa digalakkan untuk mengubah setting ini. Sekadar pengetahuan buat anda sahaja.

 

atas

 

MENGGUNAKAN CDROM KETIKA DALAM DOS MODE
Pada kebiasaannya, ketika anda memilih untuk "restart computer in MS-DOS mode" CDROM anda tidak boleh digunakan. Cuba taipkan "dosstart" pada corong dos. Jika anda menerima mesej "Bad Command or File Name". Ini bermakna fail tersebut tidak ada di dalam komputer anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah sunting fail yang bernama autoexec.bat. Salin arahan yang bertanda dengan "rem by windows setup - c:\windows\command\mscdex.ecxe /cd000". Walaubagaimanpun, ia adalah bergantung pada setting komputer anda.Seterusnya, salin arahan tersebut dan namakan fail tersebut ke lokasi c:\windows\command dengan nama dosstart.bat. Cuba taip dosstart sekali lagi. Kini anda sudah boleh menggunakan CDROM anda.

KEMASKINI FAIL PENGENALAN VIRUS
Setiap hari, virus baru akan sentiasa wujud, untuk itu, anda perlu mengemaskinikan fail antivirus anda. Norton Antivirus menyediakan cara mudah dengan hanya menetak butang "Live Update", fail pengenalan virus anda akan diperkemaskinikan.

SYARAT UNTUK MENDAPAT SAMBUNGAN KE INTERNET.
Cuba gunakan sekurang-kurangnya komputer yang menggunakan pemproses Pentium, 16MB dengan ruang storan sebanyak 50MB. Jika boleh, tutup aplikasi lain ketika anda ingin melungsuri Internet.

KAEDAH MENAIP YANG BETUL.
Jika anda merasakan bahawa anda akan menggunakan komputer untuk menaip sesuatu tugasan atau lain-lain hal dalam jangka masa yang panjang, pastikan tangan anda berada di dalam keadaan yang rehat. Pastikan ruangan antara papan kekunci dan tangan anda adalah selesa. Tangan anda tidak boleh terlalu rapat dengan meja. Sebaiknya, cuba dapatkan papan kekunci yang mempunyai "arm rest".

MENAIP DENGAN PANTAS.
Adalah tidak mustahil untuk anda menaip tanpa melihat papan kekunci. Untuk itu, anda perlu berlatih, Mahirkan tangan anda dengan huruf-huruf asas seperti "asdf" dan ";lkj". Anda boleh dapatkan perisian menaip daripada halaman yedshah. Sila klik disini untuk pindah terima perisian "Typing Tutur Junior"


Sekian buat hari ini.
Salam Mesra dari:

yedshah@usa.net


Komputer "hanging"

Biasa anda hadapinya kerana komputer terlalu sibuk untuk melakukan semua aplikasi yang anda gunakan. Komputer akan tergantung 'hanging' tanpa boleh melakukan apa-apa fungsi . Salah satu caranya ialah dengan

- tekan CRLT dan ALT serentak kemudian tekan Delete.
- kelaur menu task bar, klik end task bar
- dengan ini akan menutup salah satu aplikasi yang digunakan serta merta

Jika tidak boleh juga tiada pilihan lain dengan menekan butang reset pada CPU anda, ia akan restrat PC anda tanpa menyimpan apa pun fail atau data semasa anda gunakan.

 

 


Kebaikan FAT 32

Satu kebaikan kepada mana-mana komputer yang menggunakannya kerana mengoptimumkan dan menjimatkan penggunaan ruang hard disk. Ianya lebih baik daripada compresion hard disk kerana data disusun lebih teratur dan tanpa merosakkan data. Bagi pengguna Windows 98 bernasib baik kerana dilengkapi fungsi tersebut caranya :-

Jika menggunakan Windows 95, sebaiknya anda upgrade ke Win 98, atau menggunakan Norton Utilities, ianya program pengurusan komputer anda lebih cekap dan fungsi FAT 32 pun ada sekali.

Atau mengformat semula hard disk anda dengan install semula program dengan memasukkan fungsi FAT 32, tapi sebaik minta panduan mereka yang mahir tentangnya.

atas


Masalah email tak dapat dibaca

Ada beberapa sebab

1. anda tidak memasukkan butiran kedalam email properties
pastikan incoming mail ditulis pop.tm.net.my  atau pop2.tm.net.my atau pop3.tm.net.my

manakala outgoing ditulis sebagail smtp.tm.net.my

Atau perisian email anda hanya menetapkan dapat membaca format 'plain text' sahaja. Kawan anda menghantar email
format by HTML..Anda masih boleh baca dengan pergi ke properties , detail , klik mesej source

 


Menapis Email 'filter'

Anda boleh menapis kehadiran email yang anda tidak kehendaki seperti junk email dan promo email.

Caranya menggunakan  (netscape massege) dengan buka folder baru  dgn nama Junk/spam.
Kemudian pergi ke edit , pilih mail filter
Keluar windows menu, klik new

 

atas