PERIBAHASA

PERUMPAMAAN

Permpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas, serta mempunyai maksud yang tersirat.

Biasanya perumpamaan dimulakan dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.

Senarai perumpamaan, maksudnya, dan ayat contohnya adalah seperti yang berikut:

 

(a) PERUMPAMAAN

Bagai bunyi cempedak jatuh.

MAKSUD

Bunyi jatuh yang kuat.

AYAT CONTOH

Sulaiman meraung kesakitan. Dia terjatuh dari pohon bagai bunyi cempedak jatuh.

 

 

 

(b) PERUMPAMAAN

Seperti api dalam sekam

MAKSUD

Dedam; perbuatan jahat yang tersembunyi.

AYAT CONTOH

Jangan mudah percaya akan Si Dogol, walaupun kelihatan baik tetapi dia seperti api

dalam sekam.

 

 

(c) PERUMPAMAAN

Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga.

MAKSUD

Orang yang baik walau di mana sekalipun akan dimuliakan juga.

AYAT CONTOH

Sazali baru sebulan dihantar ke kawasan pedalaman tetapi masyarakat di situ

menganggap Sazali umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga.

 

(d) PERUMPAMAAN

Laksana burung diam dalam sangkar.

MAKSUD

Orang yang terikat hidupnya.

AYAT CONTOH

Siti tidak boleh keluar dari rumah sesuka hatinya kerana dia laksana burung diam

dalam sangkar.

  3dcd2.gif (14602 bytes)

Make your own free website on Tripod.com